Thursday, July 27, 2006

Marilah memancing sotong di SETIU, Terengganu

Aku kalau dengan batang pancing pantang jumpa, seolah-olah persahabatan dan hubungan ini telah terjalin didalam kandungan ibu lagi.. Aku dibesarkan dengan suasana kampung, itu la agaknya faktor utama minat aku cenderung ke arah ni... Satu minggu aku telah habiskan sisa-sisa cuti tahun semata-mata aku dah terasa gian sangat nak merasa layan berpuluh-puluh ekor sotong ditepi pantai Rhu Sepuluh, Penarik, dalam Rhu Telaga Papan... Itu destinasi yang jadi pangkalanku bila tiba musim sotong masuk ke pesisir pantai untuk bertelur, tambah pula kelajuan angin pada waktu senja memang, pehhh sepoi-sepoi bahasa je... memang syok ler.. Aku pagi-pagi dah bangun dengan semangatnya, selepas solat subuh berjemaah kat surau Pekan Sari, terus aku hayun langkahku ini ke kedai yang betul-betul berhadapan dengan sekolah lama aku dulu.. Kedai MEK.. Tepat pukul 6.30 pagi aku dan kawan-kawan sepermancingan telah bersedia berkumpul sambil bercerita.. Perihal dan Nostalgia lama. Aku kalau kat kedai MEK la, kegemaran aku adalah Nasik Lemak, pehh terangkat beb. sedar tak sedar dua bungkus aku bedal. Matahari dah semakin tinggi aku telah bersedia beraksi . Posted by Picasa

FOCUS

"Our life is like a WHEEL; sometimes we are rich and sometimes we are poor." During rich times, we never take advantage of others that are weak, and otherwise, once we become poor, don't feel we are weak or useless. In our lives, this situation is normal for everyone. Never giveup!! Make a focus; increase your effort. Posted by Picasa

My hobby

Every person has a hobby. Posted by Picasa